
Sulit
4 tahun
Saya alami gastrik angin, makanan saya makan seperti biasa . Tak pasti apa punca
. Saya dah amik injection untuk gastrik tapi masih ada angin didalam perut dan masih sakit. Boleh saya tahu kalau benda ni ada kena mengena dengan serotonin??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gastric adalah satu kondisi yang mana lapisan dalam perut terjadi keradangan. Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria H. Pylori, H. Heilmannii, virus, dan lain-lain
- Autoimun
- Pengambilan ubat NSAID
Apabila kondisi diatas tidak terkontrol, biasanya keadaan boleh memburuk sehingga terjadi penyakit-penyakit yang berikut. Antaranya:
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Esophagitis
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.