
Sulit
4 tahun
Seminggu tak datang haid tibe2 keluar lendir coklat . Saya bimbang akan ada masalah kesihatan dalam yang serius
Saya berumur 25 tahun dan sudah pon berkahwin selama 3 tahun . Saya tak datang haid selama seminggu . kitaran haid saya normal untuk setiap bulan dan tak pernah lagi tak datang haid . Saya telah pon membuat test upt menguna kan clear blue tempoh hari akan tetapi keputusan saya ialah negativ . Saya mimbang ada masalah dalam yang saya tak tahu . Sebelum ini saya telah pon berjumpa doktor sakit puan check scan dari perut dan didapati saya ada pcos kilang telur saya kiri kanan kecil2 doktor beri saya ubat kesuburan dan ubat pcos . Selepas beberapa minggu saya buat TVS dan di dapati diding rahim saya menebal dan kilang telur saya sebelah kiri ada 1 yang besar dan belum pecah . Pada kebiasaan nya kalau belaku macam tu adakah saya hamil atau ada sakit lain ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah haid lewat anda kemungkinan berpunca daripada PCOS seperti yang anda nyatakan. Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Lendiran berwarna coklat boleh disebabkan beberapa perkara. Antara faktor-faktornya adalah:
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna
- Tanda awal kehamilan
- Servikal polip
Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- sakit ketika buang air kecil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!