
Sulit
4 tahun
Sengal perut belah kanan bawah disertai sakit pinggang
Salam… Doktor, sy kerap mengalami sengal bahagian perut bawah belah kanan sahaja disertai sakit pinggang belakang bahagian kanan. Ia kerap terjadi jika sy kepenatan atau dudk terlalu lama…untuk pengetahuan doktor, sy berumur 26thn dan baru disahkan penghidap PCOS pd bulan 10 & plantar facilitis.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sengal perut belah kanan bawah disertai sakit pinggang. Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa sakit perut sebelah kanan bawah. Antaranya ialah:
- Sakit haid
- Appendicitis (keradangan apendiks)
- Keracunan makanan
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Masalah sakit pinggang pula boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Namun, berdasarkan senarai penyakit yang dinyatakan di atas, ianya memerlukan maklumat lengkap daripada pesakit itu sendiri serta pemeriksaan fizikal sebelum suatu diagnosis dibuat. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah ini secara berterusan sehingga mengganggu aktiviti seharian anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih