Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Senggugut sakit perut yg teruk

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 25, 2020 9:54 AM

Sulit 3 bulan

Saya belum berkahwin mengalami sakit perut dari pagi sakit xhilang wlpn sudah makan ubat tahan sakit

Dr Sashini Seeni 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

Masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:

  • Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
  • Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
  • Ketumbuhan fibroid di dalam Rahim

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Apr 25 2020 09:54:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Haid Sakit dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Sakit Kepala Selepas Datang bulan Saya berumur 27 tahun. Setiap bulan selepas habis period saya mesti akan sakit kepala. Adakah ini normal? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Tempoh haid pendek saya wanita berumur 22tahun, saya nak tanya doktor, adakah normal kalau period sy keluar untuk masa yg singkat. cycle sy normal, 28-30days. tapi, masalah yg sy alami setiap bulan bila darah kelu… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Masalah period dan sakit dalam perut Period x tentu n pernah x datang period 1 bln dan kadang2 datang habis 8 hari then dtg balik selang 3 hari dan saya rasa sakit dlm perut. X tau ler apa yang x kena Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Period pain yang melampau Umur saya sekrg 19 thun, saya menglmi period pain yg melampau, saya menglmi sakit ni since saya form4, saya akan kena time first day evry month, mula2 saya akn rasa sakit perut yg amat, then cir… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Sakit perut Dan muntah-muntah Saya berumur 15 tahun sering sakit perut Dan loya selepas period beberapa hari ni…Mohon pencerahan Baca lagi...
4 bulan
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >