
Sulit
3 tahun
Suntikan depo Dan migrain
Hi, saya seorang wanita berusia 25 tahun. Saya mengalami migrain sudah lama sejak kelahiran anak ketiga. Dan sekarang anak saya berusia 4 tahun. Cuma kebelakangan ini migrain saya semakin kerap datang. Sebulan 2-3 kali. Sekali datang akan lama iaitu 2-3 Hari. Saya Tak pastu migrain atau sakit kepala biasa. Bahagian kepala saya sakit dari pertengahan kepala sehingga hadapan dahi kiri Dan kan. Mksudnye separuh kepala saya sakit sebelah hadapan. Saya jugak perasan sakit kepala saya mula datang sejak saya ambil perancang depo cucuk 3bulan sekali. Saya masih menggunakan perancang tersebut sehingga kini. Adakah sakit kepala saya berpunca dari suntikan depo tersebut ? Tidak mengapakah kalau saya mengambil suntikan depo untuk jangka Masa yang panjang ? Terima kasih

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media .
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Walaubagaimanapun, pengambilan perancang anda tidak semestinya mengakibatkan sakit kepala anda, tetapi anda harus berunding dengan dokotor supaya rancangan rawatan boleh dirumuskan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.