
olfayanis.abdullah
4 tahun
Tak boleh tidur kerana kaki tak selesa
Hai doc…hari2 saya tak boleh tidur sebab kaki saya lenguh…kalau tertidur awl saya akan tejaga sebab kaki mula rasa lenguh tak selesa…mesti kena letak krim atau minyak panas dan urut baru boleh tidur…saya stress rasa nk mengamuk je bila jadi…saya tak pregnant,kalau pregnant tu biasa la…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah kaki lenguh anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Otot keletihan
- Otot kekurangan oksigen
- Kekurangan air/”Dehydration”
- Kekurangan mineral dalam badan
- Kelemahan otot yang kurang aktif
- Masalah sendi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.