Sulit
4 tahun
Tangan berpeluh serius
Dari kecil tangan i selalu berpeluh nak menulis pun susah sampai kena lapis kertas baru boleh menulis. Disebabkan pendemic covid ni saya kena pakai glove semasa kerja tapi selalu tak sampai 5 minit tangan i sudah start berpeluh basah , masa buka glove sampai boleh tuang air keluar. Macam mana boleh mengurangkan tangan berpeluh serius ni???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah berpeluh secara berlebihan pada tapak tangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah peluh anda boleh dinamakan sebagai hiperhidrosis. Ia bole berlaku disebabkan oleh faktor genetik. Rawatan yang terdapat untuk masalah hiperidrosis ialah :
- Ubat antipeluh topikal - untuk mengurangkan kadar pengeluaran peluh
- Iontoporesis
- Ubat makan antikolinergik seperti glcopyrrolate
- Suntikan botox
- Pembedahan - Simpatektomi Toraks Endoskopi
Kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya anda dapat diberikan rawatan yang sesuai untuk masalah anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.































