abbasbadrul
4 tahun
Tangan kebas dan bengkak
nak saya ni ada baru kencing manis yg tak serius sngt dh mkn sebiji ubat setiap hari. tapi hari ini tiba2 selpas memasak terasa tanganya kebas. lalu pada mlmnya menjadi bengkak dan demam akibat sakit kebas di tangan kanannya. jadi apa nasihat dr? tak nmpk pula ada kesan serranga gigit atau binatang gigit. mak saya ada juga sakit kulit yg gatal2 ni.
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di tangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- gout (akibat deposit purin)
- pseudogout (akibat deposit kalsium di sendi)
- rheumatoid arthritis sakit sendi yang terkait dengan autoimun
- Alahan pada persekitaran
- Trauma
- Masalah kulit dermatitis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
































