
muhdhazreen32
4 tahun
Tangan kiri besar sebelah
hello doktor saya seorang pesakit kanserhidung kemudia kanser tu twlah merebak ke tulang belakang saya… dan dalam beberapa bulan
saya punya anggota tangan kiri lebih besar daripada kanan. dan sebelum ini peha saya sgt kurus tiba tiba dia menjadi besar sebelum ini…
dan ia kelihatan macam tidak normal … apakah penyakit ini ya doktor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah anggota badan kembang boleh disebabkan oleh kanser yang merebak ke kelenjar limfa yang berdekatan dengan anggota badan anda. Ketumbuhan kanser di kelenjar-kelenjar ini boleh menyebabkan aliran limfatik anda tersekat dan berkumpul di kaki atau tangan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda untuk kanser hidung. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.