Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tangan menggeletar dan rasa berdebar

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 3:58 PM

Sulit 43 hari

Saya dalam umur 14 saya kekadang merasa berdebar tanpa sebab dan saya perasan yang saya rasa berdebar apabila berhadapan dengan orang ramai dan saya juga selalu rasa tidak sedap hati

Dr Sri Viknarajan 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:

  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Masalah ritma jantung atau struktur jantung
  • Penyakit keresahan dalam khayalak orang ramai

Untuk makluman anda, secara normal, jantung manusia berfungsi secara harmoni bagi mengelakkan risiko kegagalan jantung, strok, sesak nafas, pitam dan sebagainya. Jika anda dapati anda mengalami gejala seperti komplikasi diatas, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan echocardiogram dengan segera.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 15:58:10 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah tangan dan kaki secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit tumit dan buku lali Saya berumur 29 thn dah berkahwin saya selalu sakit tumit dan buku lali Baca lagi...
7 hari
Sulit
Jangkitan kulit yang terdapat di bawah kuku di jari tangan. berasa gatal. cecair keluar. kerak kuning berlaku. meninggalkan parut saya nak tanya. kenapa kulit di bawah kuku saya di jari tangan saya berasa gatal dan apabila digaru, dia akan bertukar menjadi cecair yang melekit. selepas beberapa hari, dia akan bertukar kepad… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Sakit hujung jari kaki Umur 47 tahun 3 mggu sakit hujung jari kaki 2 hari kencing keruh dan berbuih Sntiasa senak & kdg² memulas² Baca lagi...
25 hari
Sulit
Kaki yang patah di cement bengkak Kaki saya patah dekat betis dari 11.10.2020, dan pada 23.10.2020 kaki saya bengkak di bahagian bawah kaki, sampai sekarang bengkak belum surut tetapi tidak sakit apa perlu saya buat. Baca lagi...
33 hari
Sulit
Benjolan di buku lali Benjolan atau bengkak dibuku lali kadang² sakit atau terasa bila mcm ada sesuatu yg bengkak kat buku lali…kalo berjalan ok…x sakit. Baca lagi...
14 hari