
Sulit
4 tahun
Tangan sebelah kiri sejuk
saya wanita berumur 22 thun. sejak dri pagi tdi tngan sya sbelah kiri sntiasa sejuk tak tau punca

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti gejala lain seperti kekebasan, sejarah kesihatan serta durasi kesejukan yang anda alami. Sensasi tangan sejuk boleh disebabkan faktor seperti kurang darah merah, kurang aliran darah ataupun masalah saraf tangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.