Sulit
3 tahun
Tgn bahagian otot berdenyut
Sya lelaki 24 tahun…dh 1 hari tgn sya berdenyut dgn tiba2 dan rasa seperti kembang…sedangkan sya tidak melakukan kerja2 berat dan senaman berat berat…apakah punca tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah berdenyut-denyut pada sebelah tangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis
- kecederaan kepada saraf tangan (ulnar nerve palsy, median nerve palsy)
- carpal tunnel syndrome
- penyakit saraf sistemik
- strok
- Guillain Barre syndrome (lazim selepas demam kerana jangkitan kuman)
- sakit otot kerana penggunaan tangan yang banyak
- tekanan terhadap saraf seperti (student’s elbow)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.