Sulit
5 tahun
Tidak boleh tidur malam kerana lenguh kaki
Saya wanita 20an dan masalah saya ialah saya selalu rasa lenguh kaki atau saya tak dapat rasa kaki saya dan menyebabkan saya sukar untuk tidur … kadang² saya terjaga kerana rasa lenguh yg teramat sangat dan rasa seperti tidak ada kaki … sukar untuk saya gambarkan kerana saya tidak pasti bagaimana keadaannya tapi saya rasa ia mungkin rasa seperti separa lumpuh … apa penyebabnya ya ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit kaki. Antaranya:
- Tendonitis
- Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis (Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki)
- Bursitis (Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























