
Anonymous
4 tahun
Tidak dapat menggerakkan kaki Kanannya secara tiba2
Smlm anak sy dengan tiba tiba tidak boleh menggerakkan kaki kananya sehingga Hari ini,harini saya pergi berjumpa dngn pengubat tradisional,dia mengatakan anak saya gout,tetapi anak saya baru umurnya dalam 18 tahun,kaki dia tidak ada sebarang bengkak atau keradangan,cuma tidak boleh menggerakkan kaki Kanannya seperti biasa.sakit pada bahagia lutut ade jgk katanya.masalah apa yng sebenarnya terjadi doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda dinasihatkan untuk tidak percaya dengan pengamal pengubat tradisional.
Dan kami tidak boleh membuat diagnosis tanpa melihat keadaan kaki anak anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih