
Sulit
5 tahun
Tidak datang haid selepas membuka implanon
hai doc,
saya baru saja membuka implanon sy pada awal mac yg lepas (due implanon awl Januari). terlewat 2 bulan dr due. Sepanjang 3 thn memakai implanon saya tidak mengalami apa2 masalah. 2 tahun pertama langsung tiada period. 1 tahun terakhir sy mula period tapi sedikit2. kadang2 cuma spot darah utk 2-3 hari. tp dalam 4-5 bulan terakhir sblm sy mencabut implanon tu sy mula mengalami haid yg agak normal (sy perlu pakai pad & bkn pantiliner spt bulan2 sebelumnya) walaupun tidak byk seperti dulu (sy normalnya mempunyai haid yg byk - tukar 3-5 pads dlm sehari).
saya period terakhir pd pertengahan februari (12-17hb). saya cabut implanon pada 7 mac. tetapi sejak saya mencabut implanon saya belum datang haid sampai ke hari ini. saya ada test pregnancy dlm pertengahan & akhir mac tapi result negatif.
pengalaman saya dlm 3 kandungan sblm ni, result positif upt tu akan nampak dlm 1-2 hari selepas due haid. sebab tu sy tidak lagi check upt & yakin sy tidak hamil.
Soalan saya doktor, adakah normal untuk saya terhenti haid begini?
sedangkan semasa 1 thn terakhir implanon haid sy sdh mula dtg setiap bln. lagipun sblm memakai implanon sy tidak pernah mengalami masalah haid.
Adakah ini kesan sampingan saya mencabut implanon?
Atau adakah ini tanda2 kepada penyakit lain?
tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh kerana anda telah menggunakan implanon, ia adalah normal untuk haid anda menjadi tidak teratur setelah anda berhenti menggunakannya. Namun, sekiranya berlarutan melebihi 2 bulan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan pakar wanita untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.