
Sulit
5 tahun
Trying to Conceive a Baby
Saya wanita 27 tahun dan sudah berkahwin. Saya sudah 2 bulan tidak datang haid. Pada bulan pertama, saya mengalami spotting then saya buat UPT tapi keputusan -ve. Selepas itu, saya bleeding for 2 days but darahnya fresh xmcm period n xbanyak,mcn ada masa je. Petang keluar, then mlm xkeluar. After 2 days berhenti, saya check upt sekali lg, tp still -ve. Then,bln kedua after waktu period days which still x period, saya test lg but also -ve. So, apa yg ptut saya buat? And kalau check kt klinik bagaimana dan kosnya? Maaf sbb saya baru and mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.