
Sulit
2 tahun
Tumit kaki sakit bila berjalan
Beberapa hari yang lalu, saya bawak motor lepas tu terjatuh kaki saya terhempap motor, lepas tu saya terus bangun. Selepas beberapa hari, tumit saya sakit rasa berdenyut² lepas berjalan . Tak boleh nak jalan lama sangat. Bisa sangat. Apa punca ye tu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat kemungkinan tumit anda atau terdapat bahagian kaki anda yang tercedera ketika kemalangan motosikal tersebut berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut agar pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.