Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ulser di bahagian alat sulit

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Februari 12, 2020 6:29 AM

Sulit 5 bulan

Hi Dr…sy seorang wanita dan berusia 32 tahun serta telah berkahwin.sy mengalami ulser di bahagian alat sulit selama 5 hari.sy telah berjumpa dengan dr pada hari ke 3 dan dr telah memberikan ubat virless 800 mg(5 biji)serta arcylete cream yang agak memedihkan ketika disapu.Tetapi kesakitan yg sy alami tidak berkurang dan ulser agak banyak.Ianya amat pedih ketika sy membuang air kecil dan ketika terkena air .sekarang ia juga mengganggu pergerakan sy kerana terasa sakit dan pedih ketika berjalan. Boleh sy tahu berapa lama tempoh penyembuhan ulser tersebut dan adakah ubat lain yang boleh membantu mengurangkan rasa pedih tersebut dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Terima kasih

Dr Sashini Seeni 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan pengubatan yang anda terima, harus diketahui bahawa kedua ubat tersebut hanya bertujuan untuk mengurangkan kejadian outbreak herpes, tetapi ia tidak boleh menyembuhkan virus ini. Ubat antivirus seperti virless dan arcylete boleh membantu mempercepatkan masa penyembuhan luka anda dan mengurangkan kesakitan.

Bagi meningkatkan efektiviti, ubat boleh diambil pada tanda-tanda pertama wabak seperti rasa geli-geli, gatal, dan gejala lain-lain untuk mengurangkan sakit sewaktu outbreak .

Gunakan sabun yang lembut apabila mandi, usahakan mandi di dalam air suam, serta pastikan tempat yang dijangkiti bersih dan kering. Pakai pakaian kapas longgar untuk memastikan kawasan itu selesa

Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Feb 12 2020 06:29:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Herpes dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
dearnabil7
Herpes simplex infection Saya lalaki 19 thun mngalami gatal2 di bahagian kulit…dan dia jadi mcm gelembung merah…di bahagian hujung kemaluan dia jdi mcm nanah mcm tu Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Herpes simplex virus (hsv1) I am a girl with hsv1 showing symptoms once. Few days ago i shaved and had sex without protection… my question is : is my partner now having hsv? can i get outbreaks after having sex? Baca lagi...
7 bulan
Sulit
Doa antibiotik untuk herpes zoster saya wanita berusia 52 tahun. Mendapat herpes zoster pada kawasan jari tangan kiri dan kawasan kaki. berapa kah dos aciclovir tablet 400mg yang patut saya ambil. Baca lagi...
11 bulan
maisarahmarzuki07
Punca berlakunya herpes Hi. Sy ingin bertanya, herpes boleh merebak melalui pencukur dan keadaan toilet yang tidak bersih? Baca lagi...
11 bulan
Sulit
Herpes genital pada kemaluan Sy wanita berumur 20 an. Sy ada pertanyaan, adakah ada ubat untuk mengawal daripada simptom ini muncul kembali? Bagaimna untuk mengelak daripada pasangan berjangkit? Baca lagi...
11 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi