Sulit
5 tahun
Zakar & Kantung Zakar Melecet
Saya lelaki berumur 24tahun mengalami masalah melecet pada bahagian zakar dan bahagian kantung zakar akibat daripada melakukan onani, tetapi bila saya buang air tidak berasa sakit/pedih, bernanah atau darah atau sebaliknya. Selepas beberapa bulan kemudian saya dapati kantung zakar saya bertompok putih dan masih melecet kemerah merahan pedih. Adakah msalah ini serius dan perlu dptkan rawatan secepat yang mungkin?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah zakar melecet ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma kepada zakar
- Jangkitan yang menyebabkan zakar melecet
- Ulser pada kemaluan
Manakala binitk-bintik putih boleh disebabkan perkara berikut:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































