
Sulit
4 tahun
Zakar tidak menegang dan ini membuatkan saya risau dan stress memikirkan apa yang terjadi
saya lelaki berumur 28 tahun. saya perasan masalah ini bermula dalam 2 minggu lepas. Boleh bantu saya senaraikan klinik atau hospital yang boleh saya rujuk. saya tinggal di ipoh,perak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah