nishadfina04

4 years

Acne problem on my face

Saya gadis berumur 15 tahun and saya mempunyai masalah jerawat di bahagian pipi dan dahi. Can tell me what the best ingredient to treat the acne? And please suggest me what the best product for me. Tq

Dr Ramzdhan,

4 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Masalah jerawat ini adalah antara masalah yang sering menjadi masalah dalam kalangan remaja. Antara faktor terjadinya jerawat adalah seperti faktor genetik (keluarga), perubahan hormon ketika remaja dan kebersihan muka. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh:

  • Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
  • Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
  • Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
  • Kurangkan stress

Masalah jerawat ini memerlukan masa (berbulan-bulan) untuk sembuh dan adakalanya mengambil masa bertahun. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

acne-1606765_640

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.