Anonymous

2 years

Boleh ke pada waktu period derma darah?

Salam/Hi, saya Baru period harini. Dan dapat tarikh untuk derma darah pada hari kedua saya period iaitu 4/8. Kebiasaannya period pada hari ke2 saya heavy period. Jadi boleh ke saya pergi untuk derma darah? Harap dapat penjelasan. TK

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kebimbangan anda menderma darah semasa haid. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, syarat khusus menderma darah bagi wanita adalah tidak datang haid, tidak mengandung dan tidak menyusukan anak. Hal ini bermakna setelah habis tempoh haid, anda sudah boleh menderma darah. Terdapat juga beberapa syarat / kriteria lain yang harus dipenuhi oleh penderma darah. Antara kriterianya adalah cukup berat badan, tidak sakit dan tidak mengambil ubat kebelakangan ini serta tidak pernah terlibat dengan hubungan seksual rambang. Anda boleh mencuba untuk menderma darah dan mereka akan memberikan anda borang untuk diisi sebelum anda boleh menderma darah. Sekiranya mereka merasakan anda tidak sihat atau tidak mencukupi kriteria derma darah, maka anda perlu menerima penolakkan mereka. Sekiranya tidak, maka anda boleh menderma darah.

Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_272664029_jRF9vqiscQHkHSKhQoyOrSrbm4KasJBS

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.