Anonymous

4 years

Darah period atau darah penyakit

Sy wanita berumur 30 tahun. Sudah setahun berkahwin. Sy ada mengambil jamu 3 bulan lepas untuk ikhtiar untuk mempunyai zuriat. Sebelum ni period saya memang teratur (28 hari per cycle). Bulan pertama dan kedua saya ambil jamu, period saya datang macam biasa. Tapi pada bulan ni, period saya dtg awal seminggu. tapi hanya keluar darah coklat dan kuantiti sedikit. Hari ini hari ke 7 sy keluar darah coklat. selama 7 hari ini, ada 2 hari darah tidak keluar. Boleh sy tahu ini darah penyakit atau darah period? terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah darah period berwarna coklat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
  • Perimenopaus
  • Tisu endometrium
  • Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

haid-sakit

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.