Anonymous

3 years

Hidung tersumbat dalam tempoh masa yang lama

hi . Saya sudah mengalami hidung tersumbat selama 4 hari dan ini menyebabkan saya sukar untuk bernafas . Adakah normal hidung tersumbat selama 4 hari atau tidak ? Atau mungkin tanda awal hendak selesema ?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Kami memahami anda mengalami gejala hidung tersumbat yang menyebabkan kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda hidung tersumbat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :

  • Alahan
  • Suhu bilik yang rendah
  • Jangkitan pada saluran pernafasan
  • Sinusitis
  • Asma
  • Polip hidung
  • Menghidu bau yang terlalu kuat seperti bau bahan kimia ataupun bau rokok

Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekira masalah ini berpanjangan. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.

lina-trochez-ktPKyUs3Qjs-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.