Anonymous

6 years

Ngilu di hujung yang boleh menyebabkan ejakulasi awal. jika tidak disentuh, boleh bertahan lama atau ketika foreplay, tiada masalah juga

saya berusia 38thn dan telah mempunyai 2 org anak. masalah saya dari dahulu adalah hujung kepala zakar terasa sangat sensitif.jika dipegang atau disentuh boleh terus terpancut dan susah hendak menegang semula. sama juga ketika ia masuk kedalam faraj, tidak sampai seminit sudah terpancut kerana bahagian hujung zakar terasa panas. bagaimana cara saya boleh kontrol rasa ngilu ini doktor?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah ejakulasi pramatang. Untuk makluman pihak anda, masalah Ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh:

  • Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
  • Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
  • Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
  • Masalah tahap serotonin yang rendah.

Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:

  • Mengurangkan kekerapan masturbasi.
  • Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
  • Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.

Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasihAdobeStock_98323105

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.