Ask Doctor

Malaysia's #1
Health Forum

Sakit dada yang mencucuk

Answered by: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Last Updated: July 16, 2020 7:50 AM

Anonymous 4 months

Saya wanita berumur 24 tahun. Pada bulan 9 tahun lepas, saya kena denggi dan telah sembuh. Tapi saya mengalami pace jantung laju (tachycardia) dan Dr. masih dalam proses mencari punca jantung laju tersebut. Akhir-akhir ini, Saya sering mengalami sakit dada mencucuk yang tiba-tiba dan hilang. Sejak semalam sakit dada tersebut semakin kerap dan menyebabkan saya panic dan overthinking. Rasa resah itu juga menyebabkan saya takut untuk tidur sekiranya apa2 terjadi semasa tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 4 months
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

Selain itu, gejala yang merujuk kepada masalah sakit jantung adalah:

  • Sakit dada - Pesakit kerap mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan kebanyakan daripada mereka mengalami ketegangan dada atau sensasi dada dihempap sesuatu yang amat berat.
  • Peluh berlebihan - Pesakit akan mengalami peluh berlebihan dan sejuk secara tiba-tiba. Jika pesakit menghidap kencing manis, berpeluh tanpa sakit dada boleh berlaku.
  • Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri - Pesakit kadangkala mengalami simtom sakit pada bahagian bahu kiri atau rahang bawah kiri sebelum sakit dada atau sakit dada yang merebak kebahagian tersebut.
  • Mual/loya - Pesakit berasa loya atau mual sehingga menyebabkan muntah-muntah
  • Sesak nafas secara tiba-tiba - Pesakit boleh mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba walaupun keadaan asal pesakit adalah normal
  • Palpitasi - Pesakit boleh mengalami jantung berdegup kencang atau perlahan berdasarkan lokasi dinding jantung yang terjejas akibat saluran darah tersumbat
  • Sakit epigastrik - Pesakit juga boleh mengalami sakit perut lebih-lebih lagi pada bahagian atas perut dan di bawah dada.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Last Updated: Thu Jul 16 2020 07:50:57 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Online Consultation
Talk to a doctor or Specialist online about general health from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
Anonymous
Lumps in my inner mouth, abit red red I have lumps in my inner mouth for more than 6 months, however, I do not experience any pain from it. Please advise. Read more...
26 days
Anonymous
Any method to prevent lazy eyes become serious I’m 21 years old female. My right eye has shortsighted 350, but left eye don’t have short sighted. I heard people said this is lazy eyes and will cause cross eyes problem and affect my appearanc… Read more...
44 hours
Anonymous
Oral Aid Lotion Function Hi, is oral aid lotion safe to be used on wisdom tooth surgery wound , to help me cope with the wisdom tooth surgery pain? Read more...
23 days
Anonymous
Want to take medicine i am woman and student since pkp it hard for me to focus on my study and end up i give up and i ada exam besar. in ur opinion, can i take Methylphenidate? Read more...
38 hours
zcipun
Supplement for high level creatinine Hi, my father has been experiencing high creatinine level for a year & it keep on increasing. My question is, does supplement like chitosan really work & is it dangerous for my dad? Thank you Read more...
5 days