Anonymous

2 years

Sakit di bahagian perut apabila berlari dan lompat

Saya berumur 24 tahun, belum berkahwin. Saya ada masalah haid yang tidak teratur dan membuang air yang kerap. Saya tidak boleh melakukan aktiviti seperti jogging dan lompat. Saya sakit di bahagian perut belah kanan, sakitnya seperti menyucuk dan senak. Saya sudah membuat aktiviti panaskan sebelum jogging tapi tetap jugak sakit. Kenape ye?

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Kami memahami anda mengalami gangguan kitaran haid dan kesakiktan di bahagian perut. Kami akan cuba membantu anda.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu kitaran haid anda, iaitu :

  • Gangguan tekanan
  • Berat badan berlebihana atau berkurangan
  • Aktiviti fizikal berat
  • Penggunaan ubat perancang
  • Masalah tiroid
  • PCOS
  • Sista ovari
  • Fibroid
  • Ketumbuhan pada rahim atau serviks

Kami memahami keresahan anda. Sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor pakar sakit puan supaya dapat mengetahui puncanya dan seterusnya mendapatkan rawatan. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian dengan doktor pakar sakit puan kami.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

240_F_46844227_Pm0W9Pqfl8KhKLw5IfLS6KsuYAdbM4Pc

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.