Skin irritations at the leg


syahiedaaziz0 Patient 26 days

Adik saya (14) ada kudis di kaki dia yang gatal sehingga menyebabkan kudis tersebut luka, merah merah dan bernanah. Doktor memberikan dia ubat Prednisole 5mg Tab dan perlu diambil 6 biji, 1 kali sehari. Soalannya, tidak mengapakah jika adik saya minum air kelapa pada waktu tengahari dan makan ubat tersebut pada waktu petang? Saya bimbabg sekiranya air kelapa itu ada kesan dengan ubat Prednisole. Terima kasih.

Answered by doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli Doctor 26 days
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pihak kami tidak memiliki maklumat tentang sebarang kesan air kelapa kepada ubat tersebut.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Last Updated: Sun Dec 29 2019 20:42:17 GMT+0800 (+08)
4.89
Ask a doctor online
Stuck in meetings all day long?
Speak to an online doctor now!
Consult a Doctor Online
Ask Doctor For Free RM12 OFF | Medicines & Supplements