Anonymous

3 years

Spray sanitizer terkena sikit di bahagian mulut

Hi doctor… mau tanya, adakah bahaya jika spray sanitizer terkena di bahagian mulut?selepas kira² sehari baru ada terasa gatal di bahagian lidah. rasa gatal dari skala 1 -10 dalam no. 3

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Sakit tekak, bibir dan mulut memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Oleh kerana umumnya sanitizer mempunyai kandungan alcohol yang tinggi ia lazimnya boleh menyebabkan iritasi atau inflamasi pada lidah mahupun permukaan mukosa yang lain. Iritasi dan inflamasi tersebut boleh diidentifikasi dengan:

  • kemerahan
  • gatal
  • panas
  • mengelupas
  • bengkak
  • sakit
  • dan lain-lain
    Pada kawasan yang terganngu.

Anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya gejala berlarutan, bertambah atau menggangu rutin harian anda. Buat masa ini, saya sarankan anda untuk banyakkan berkumur dan minum air masak bagi mengurangkan gejala gatal tersbeut, serta menjauhi makanan minuman yang boleh menambahkan lagi iritasi lidah.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_59157407

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.