Anonymous

2 years

Tanda awal diabetes bagi lelaki

saya lelaki berumur 34 tahun, sejarah family memang ada kencing manis…sy ada membeli gkukometer utk tahu bacaan gula…sebelum buat ujian saya berpuasa selama 8 jam… bacaannya ialah 6.2…selepas makan dua jam, bacaan juga menunjukkan 6.2…adakah itu normal?atau sy dh ada diabetes?tq…sy aktif bersukan…

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Untuk makluman anda, terdapat banyak simptom kencing manis, bergantung kepada tahap keseriusan penyakit kencing manis. Namun kesemua tanda ini tidak memberi makna bahawa seseorang menghidapi diabetes jenis 2.Satu ujian darah iaitu HbA1C perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang diagnosis boleh dibuat. Berikut merupakan antara gejala yang boleh dialami pesakit kencing manis.

  • Kerap kencing dan haus yang terlampau. Kerap kencing juga dikenali sebagai (polyuria) dan haus terlampau ialah (polydipsia).
  • Selain itu, gula atau glukosa adalah partikel besar dan secara normal tidak boleh dikeluarkan melalui buah pinggang. Kerana keadaan memaksa, glukosa masih akan dikeluarkan dan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ini digelar diabetic nephropathy:
    • Darah tinggi yang semakin teruk
    • Bengkak kaki dan badan
    • Kekeliruan melampau
    • Muntah
  • lesu, letih
  • masalah kebas

Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda disarankan untuk menjalani ujian mudah seperti glukometer untuk memeriksa kadar gula dalam darah anda atau pergi ke klinik/ hospital berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan susulan untuk kepastian.

Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !

Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Ketahui tentang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda .

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.