Anonymous

3 years

Gula Dalam darah (berpuasa)

Baru-baru ini saya menjalani ujian gula dalam darah bacaan sebanyak 4.9 berbanding sebelum ini hanya 4.2 atau 4.3. Adakah pengambilan gula yang berlebihan dari sebelum ini mempengaruhi perbezaan dengan bacaan sebelum ini?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Untuk makluman anda, berdasarkan bacaan gula yang anda terangkan, bacaan tersebut adalah normal. Bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan ketika tidak berpuasa dikira normal di bawah 11 mmol/L.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang.

Untuk membuat kesimpulan tentang punca, risiko dan rawatan kencing manis, sila rujuk kepada doktor secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

AdobeStock_41678694

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.