Anonymous

4 years

Tidak pasti punca hilang hilang deria bau

Sy hilang deria bau tapi tidak sepenuhnya. Tapi sy dah buat covid test kit tu 2 kali sebab nak sure kan betul2 dan dua2 test tu negatif. Tapi kenapa deria bau sy still tak sepenuhnya ye doctor?

Dr Ramzdhan,

4 years

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami memahami anda mengalami masalah kehilangan deria bau dan anda telah menjalankan ujian Covid-19 sebanyak 2 kali yang menunjukkan keputusan negatif. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, selain jangkitan Covid-19 terdapat punca-punca lain yang juga menyebabkan kehilangan deria bau. Antaranya :

  • Polip hidung
  • Sinusitis
  • Alahan
  • Jangkitan pada sistem pernafasan seperti influenza
  • Kesan sampingan sesetengah ubatan

Sekiranya masalah ini berpanjangan, sebaiknya anda merujuk kepada doktor kerana masalah anda juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti strok atau masalah saraf. Anda boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar ENT kami mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

brian-mercado-rm7rZYdl3rY-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.