
Anonymous
4 years
Haid sedikit pada bulan ini
HAI, SAYA FATIN BERUMUR 26 TAHUN DAN SUDAH BERKAHWIN. BULAN INI, TARIKH SEPATUTNYA SAYA PERIOD ADALAH PADA 9/2, TETAPI PERIOD SYA KLUAR PADA 12/2 DAN HANYA SEDIKIT SAHAJA, HANYA SECALIT. DARAH BERWARNA COKLAT MERAH. DAN KEESOKKAN HARINYA, DARAH SUDAH TIADA. APAKAH FAKTOR YG MENYEBABKN SMUA INI YE ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.