
Anonymous
3 years
Hidung tersumbat dah sakit dada
saya berumur 16 tahun , saya sering merasa hidung saya tersumbat (susah bernafas) dan sakit dada sejak bulan lalu… setiap kali saya terbaring saya merasakan hidung saya sangat sukar bernafas … sehingga dada saya berasa sngat sakit ketika menarit nafas ketika hidung tersumbat… selain itu hidung saya selalu berair… dikatakan seminggu mungkin akan terjadi 3 kali seminggu… itulah yang saya alami…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah hidung tersumbat dan berair sehingga menyebabkan sukar bernafas dan sakit dada. Saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda iaitu:
- Penyakit alahan ruangan hidung ( allergic rhinitis )
- Keradangan sinus yang kronik ( Chronic sinusitis )
- Hidung yang sensitif dengan perubahan cuaca atau suhu
- Keradangan ruangan hidung ( Nonallergic rhinitis )
- Ketumbuhan polip dalam hidung
- Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau sinus ( recurrent infections )
- Stress atau masalah tiroid
- Alahan pada makanan atau ubat.
Anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan masalah hidung tersumbat serta bersin anda di rumah dengan:
- Menjauhi daripada bahan yang mempunyai alahan
- Jaga kebersihan diri secara am
- Lakukan senaman sekiranya boleh untuk memlancarkan salur penafasan anda
- Elakkan makanan yang mempunyai alahan
- Kurang stress dan cukupkan tidur
- Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Namun jika masalah ini masih berlarutan, anda perlu berbincang tentang keadaan ini dengan doktor untuk menentukan rawatan yang terbaik.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu anda. Jika anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk berbincang tentang masalah ini dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.