Anonymous
5 years
Hidung tersumbat terlalu kerap
Hi, tiap tiap malam sebelum tidur, hidung saya selalu tersumbat tanpa sebab. Jika dahulu tidak terlalu kerap ataupun sekiranya terhidu bau yg tajam, tapi ini, bila bila masa sahaja hidung boleh tersumbat menyebabkan saya tidak selesa. Apa yg patut saya lakukan doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah hidung tersumbat boleh disebabkan faktor alahan seperti:
- Debu
- Jangkitan selesema
- Ketumbuhan poilp dalam hidung
- Resdung.
Untuk merawat masalah yang dialami anak anda, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































