
Anonymous
3 years
Kontak kasual bergenjala
Sakit tekak dan demam ada kah saya perlu sweb test… Ada kah kemungkinan saya kena covid 19,saya ada anak semua kecil2 perlu kah meraka sweb test juga

3 years
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 tetapi lebih daripada 2 meter dan mempunyai kontak kurang daripada 15 minit dengan pesakit Covid.
Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah tinggi. Anda sekeluarga perlu menjalani ujian PCR jika mempunyai gejala, dan anda perlu menjalani kuarantin.
Kami mencadangkan agar anda membuat pemantauan kesihatan kendiri sekeluarga untuk 14 hari, dan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here