Anonymous

2 years

Kurang nafsu seks bersama isteri

saya ada ambil ubat loratadine untuk allergy rhinitis…tiap tiap hari dan paracetamol atau painkiller utk hilangkan sakit kepala disebabkan allergic rhinitis yg sama alami…tapi dalam minggu ini saya tergangu oleh masalah kuranya nafsu sex…menyebabkan zakar tidak naik … semua ini belaku selepas saya mengambil vaccine sinovac minggu leps. soalan saya adakah di sebabkan oleh vaccine dan adakah saya akan kembali sihat selepas beberapa minggu kelak…adakah ubat loratadine memberi kesan negetive ke atas nafsu sex saya.tq

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:

  1. Faktor Psikologi
  • Pengalaman seksual yang awal
  • Gangguan/deraan seksual
  • Rasa rendah diri dengan imej badan
  • Kemurungan
  • Risau akan ejakulasi awal
  • Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
  1. Faktor biologi
  • Tahap hormon yang tidak normal
  • Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
  • Keradanagan atau jangkitan di urethra

Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:

  • Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
  • Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
  • Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual

Anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda. Selain itu, disarankan untuk berhenti merokok jika anda seorang perokok. Anda juga boleh berjumpa dengan dokor dan berunding jika kesan sampingan ubat ubatan yang anda ambil mengakibatkan kekurangan nafsu seks anda.

Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.