Anonymous

3 years

Masalah keras yang berada di bawah testis

saya berumur 25tahun… pernah bengkak d bahagian scrotum dan dalam masa yg sama mempunyai ketumbuhan keras di bawah testis kanan… dan sudah mendapat rawatan sekali di hospital, ubat yg di berikan adalah antibiotik… selepas scrotum telah surut kembali seperti asal… tetapi masih ada keras di bawah testis sebelah kanan… jadi apa patut saya buat sekarang??

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah bengkak dan ketumbuhan keras di bawah scrotum. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:

  • Varikokel
  • Hidrokel
  • Epididimitis
  • Orkitis
  • Penyakit bawaan seksual
  • Barah testis
  • Hematosel
  • Hernia inguina

Sekiranya ketumbuhan di bawah testis tidak surut, ataupun apabila kesakitan bermula ia mungkin disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti kanser testis.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_98323105

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.