
tehah_shinci
5 years
Sengal pangkal paha kiri
Hai doktor…saya nak tanya kenapa pangkal paha saya mcm sengal2 bila lama duduk…and then kadang2 rasa sengal tu menjalar hingga ke punggung dan ke kawasan2 sekitar kemaluan…mohon pencerahan…

5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kami sukat untuk mengulas lanjut berkenaan dengan aduan kesihatan anda kerana frasa sengal merupakan terma yang sangat subjektif. Selain itu, kami perlu untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan dengan ciri sakit dan sebagainya.
Secara amnya masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Kecederaan otot
- Masalah saraf
- Radang sendi
- Kecederaan sendi dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.