Anonymous

3 years

Sesak nafas gerd gestrik

Saya mempunyai sakit gerd. Hingga susah bernafas. Sudh sebuln saya sakit ni. Bila sukar bernafas. Nadi saya kerap laju dan sentiasa rasa takut… Sendawa pun kerap… Perlu kah saya berjumpa dengn doc di klinik.?? Saya dh makn ubat still masih tk de pape pun perubahan Dan adakah penyakit gerd ni bahaya kepada kesihatan. Boleh bawak maut? Sebab saya kerap susah nk nafas.

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala kesesakan nafas. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Sesak nafas boleh terjadi dalam penyakit GERD. Akan tetapi, oleh kerana ianya berlanjutan sehingga sekarang, terdapat kemungkinan, masalah disebabkan oleh perkara lain. Antaranya:

  • Anemia - kurang darah merah
  • Penyakit Asma
  • COPD: Masalah paru-paru sempit
  • Penyakit tibi
  • Alahan
  • Penyakit jantung koronari

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.