
Anonymous
5 years
Takut mengandung lagi
Saya wanita berumur 27 tahun. Jarak anak sya yg pertama Dan kedua dekat. Jadi Saya Ada mengambil perancang keluarg ita inj depo…ke esokan harinya suami sya dekat dgn Saya…adakah sya berpotensi untuk mngandung ? Inj depo bertindakbalas dgn cepat??

5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, suntikan Depo Provera bertindak bergantung kepada tempoh masa anda menerima suntikan tersebut. Kebiasaannya suntikan tersebut bertindak dalam jangka masa 7 hari pengambilan. Jika anda menerima suntikan dalam jangka masa 7 hari selepas datang haid, anda akan dilindungi daripada kehamilan dengan segera. Jika kamu mengambil suntikan tersebut pada waktu lain (bukan sewaktu datang haid) anda atau pasangan perlulah mengunakan kaedah perancangan tambahan seperti kondom.
Untuk pengetahuan anda juga, setiap suntikan Depo Provera bertindak selama 12 minggu dan anda perlu untuk mengambil suntikan seterusnya selepas tamat tempoh masa tersebut.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih