
Anonymous
4 years
Telinga berdesing, selalu sakit kepala, rahang terkunci, demam on off on off macam suis dan lain ii
Saye seorang wanita berusia 17 tahun dan telinga sye selalu berdesing tanpa sebab, selalu sakit kepala macam nak pitam macam kena hentak pon ada, sakit tekuk, bahu, pinggang pastu selalu letih even sye cukup tidur cukup rehat, mata sye jdi kabur pastu blackout untk bbrp saat pastu rahang sye macam terkunci sye susah nk bkk mulut besar ii padahal seblom nie oky jee sejak , sakit bahagian dada kekadang tpi untuk sementara sahaja and badan sye sakit ii dan normal ke kalau tengkorak kepala manusia seakan akan macam melengkung kedlm pada bahagian tengah kepala?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk makluman anda gejala telinga berdesing yang diiringi dengan sakit kepala boleh disebabkan oleh berbagai masalah antaranya jangkitan kuman, telinga tersumbat, kecederaan organ pendengaran/kestabilan dan sebagainya. Desing pada telinga juga boleh disebabkan gangguan gendang telinga atau tanda-tanda gangguan keseimbangan tubuh.
Menjawab persoalan anda mengenai tempurung kepala, ia adalah sesuatu yang tidak normal jika melengkung ke dalam. Disarankan untuk rujuk doktor untuk pemeriksaaan dan rawatan lanjut.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, konsultasi lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Anda boleh terus berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.