Anonymous

3 years

Tumit Kaki Belakang Kebas

Hi doctor, saya berumur 24 tahun. Sudah 3 hari saya rasa kebas di belakang tumit kaki sebelah kanan. Boleh doctor nasihat mengenai ini? Terima kasib doctor

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.

Kami memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas di bahagian tumit anda.

Untuk makluman anda, kebas di bahagian kaki boleh disebabkan banyak perkara daripada yang kurang serius kepada yang sangat serius. Namun setiap penyakit yang menyebabkan kebas kaki perlu disiasat dengan lebih terperinci di klinik melalui persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal.

Berikut merupakan antara sebab mengapa anda mengalami keadaan sedemikian:

  • Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
  • Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
  • Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
  • Masalah saraf tulang belakang
  • Kecederaan di bahagian tumit kaki anda

Sekiranya ibu anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:

  • Kebas yang berpanjangan
  • Loya dan muntah
  • Sakit kaki
  • Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
  • Kekejangan
  • Badan tidak boleh seimbang
  • Penat dan lesu

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_59157407

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.