
Sulit
4 tahun
2 hari haid dn badan bintik² keluar merah²
R, adakah sya hamil … umur saya 20 thun, saya tlh buat seks dn memakai kondom, sblum saya haid … sya ada meeasakan mual dn muntah tapi 2 kali tpi bukan hari yg sama … selepas itu tarikh sya sepatutnya 24 hari bulan saya haid … tpi awal 4 hari pada 20 hari bulan sya haid … selepas itu, haid saya hanya 2 hari sahaja dgn kuantiti yg banyk dan berwarna merah dn ketulan darah warna coklat … bukn itu shaja , gatal² atau bintik² pd badan pun keluar dn sngt gatal … ada kah sya hamil dr?? Mohon pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan/cik, masalah darah haid banyak dan berketul ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Terdapat banyak kemungkinan bagi masalah bintik merah. Antaranya:
- Cacar ( chicken pox )
- Heat rash
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.