princesenget90
4 tahun
Accurate atau non accurate?
Rakan saya membuat Rapid test HIV dan result negative( - ). Dia buat lepas setahun selepas aktiviti berisiko, adakah result rapid test dia accurate? If buat blood test ad potensi jadi positive HIV ke? ap punca atau penyebab dia bole jadi positive bila kita buat lab test? Sedangkan rapid test negative selepas setahun dari hari melakukan perkara berisiko
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, window period HIV bermaksud tempoh waktu diantara dijangkiti (melalui aktiviti berisiko) sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata adalah sekitar 3 minggu.
HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda. Pemeriksaan rapid test adalah bersifat screening yaitu kualitatif (ya/tidak) yang mana pemeriksaan ini mempunyai kadar accuracy lebih 99%. Justeru, boleh dikatakan 99% orang dengan hasil rapid test (kualitatif) negatif, apabila dilakukan pemeriksaan lab kuantitatif, hasil mereka masih negatif.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih