
Sulit
4 tahun
Ada kemungkinan mengandung ke
Salam doktor
Bulan lepas saya telah bersama suami sehari sebelum period
Esokkan hari saya telah period
Tapi bulan ini saya tak period lagi
Ada kemungkinan untuk saya mengandung ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Dan tempoh subur adalah pada hari ke 12-15. Namun begitu, ia bergantung kepada individu kerana hormon memainkan peranan dalam menentukan kitaran haid dan ovulasi (pelepasan telur). Dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, anda boleh mengguna kan kit ujian kehamilan (UPT) untuk melihat keputusan awal ataupun berjumpa dengan doktor untuk melihat dan mencari punca mengapa haid anda datang lewat.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk pertanyaan mengenai kondisi anda. Terima kasih.