Sulit
4 tahun
Adakah anak umur bawah 7 tahun akan di bawa tanpa penjaga
Soalan saya sekiranya anak bawah umur 7 tahun dijangkiti covid 19 adakah pihak KKM akan membawa anak ke pusat rawatan covid 19 tanpa penjaga
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19 pada anak kecil dan ahli keluarga yang lain.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saya juga menggalakkan anda dan keluarga untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19.
Untuk mengetahui SOP pengawalan isolasi dan kuarantin bagi hospital kerajaan atau pusat kuarantin negara, anda perlu menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau mana-mana hospital yang berdekatan. Kerana perubahan boleh berlaku dari semasa ke semasa.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Selain daripada itu, anda tetap dinasihatkan agar jangan panik, dan bertenang, cuba merancang sebaiknya dengan ahli keluarga dan memastikan diri dan ahli keluarga sentiasa melakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi SOP penjarakan fizikal/sosial dan pakai topeng muka apabila keluar rumah (untuk perkara penting).
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































