
Anonymous
5 tahun
Adakah boleh mengandung jika melakukan seks 3 hari sebelum period
saya wanita 24 tahun
ini kali pertama period sy dtg lewat selama seminggu
3 hari sebelum period sy ada melakukan hubungan seks
adakah perkara itu boleh terjadinya hamil?
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Kehamilan terjadi apabila berlaku persenyawaan diantara sperma dengan ovum. Waktu subur untuk pelepasan ovum biasanya adalah pada hari ke 14 sekiranya kitaran haid anda adalah setiap 28 hari. Sementara itu, sperma boleh hidup dalam rahim selama 3-5 hari. Oleh itu, sukar untuk ditentukan status kehamilan puan memandangkan puan tidak memberikan maklumat lanjut tentang kitaran haid puan. Antara metode lain untuk mengetahui status kehamilan adalah dengan melakukan tes urine pregnancy test (UPT).
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.