Sulit
3 tahun
Adakah data Hamil atau gugur?
Saya wanita berusia 35 tahun…pernah gugur.period tidak teratur.selalu lewat hingga 30hari.Kali ni sy lewat 51 hari demam.sy musykil sy lewat adakah sy Hamil atau gugur dgn kondisi ini.dan apa perlu data lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang tidak teratur dan lewat. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah atas keguguran yang telah berlaku.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi masalah haid lewat atau tidak hadir, kemungkinan anda menghidapi kondisi berikut:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Saya tidak boleh menyimpulkan bahawa anda mengalami keguguran atau kehamilan. Pemeriksaan lanjut perlu dijalani di klinik atau hospital. Melihat kepada situasi anda, saya menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis sebenar dan rawatan seterusnya.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.