Sulit
4 tahun
Adakah ianya Bartholyn cyst atau keloid
Saya berumur lewat 20an dan baru melahirkan bayi pada pertengahan bulan julai yg lalu…selepas berpantang sy lihat ada ketulan merah yg nampak seperti daging di kemaluan sy dan ianya mengeluarkan lendir seperti keputihan tetapi ianya berwarna kuning kehijaun… Ianya berlarutan sehingga skrg…adakah ianya bartholyn cyst atau penyakit yg lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai gejala yang anda alami.
Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami keadaan tersebut:
- Bartholin’s cyst
- Parut keloid
- Jangkitan kelamin (sifilis, gonorea atau lain-lain)
- Bacterial vaginosis
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan pemeriksaan lanjut perlu dibuat terhadap anda untuk mengetahui punca sebenar.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Terdapat cairan atau lendir yang berbau dari faraj anda
- Sakit perut atau di bahagian bawah perut
- Pendarahan daripada faraj
- Terdapat gejala yang mengganggu aktiviti harian atau tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.

































